Selasa, 29 Oktober 2019

Pengambilan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional

Tahun ini cikgu berpeluang melibatkan diri secara langsung dengan pengambilan murid berkeperluan khas ke sekolah vokasional di sekolah cikgu. Bermula dengan iklan yang biasanya dikeluarkan pada bulan Ogos sehingga September, cikgu dapat melihat sendiri bagaimana pemilihan murid dibuat bagi memastikan hanya murid yang berkelayakan sahaja yang akan dipilih untuk menyambung pelajaran ke sekolah vokasional. Bermula tahun 2018, kemasukan ke SMPKV adalah secara atas talian (online). Jadi ibubapa perlu mengisi borang pada laman sesawang di bawah :

https://epkhas.moe.gov.my 


Secara keseluruhan terdapat 4 sekolah pendidikan khas vokasional terdapat di Malaysia yang melibatkan 4 zon di Malaysia iaitu SMPKV Indahpura di Johor, SMPKV Shah Alam di Selangor, SMPKV Kuantan di Pahang dan SMPKV Merbok di Kedah. Kesemua SMPKV bagaimanapun menawarkan aliran kemahiran yang berbeza. Jadi anda perlu membuat pilihan aliran kemahiran manakah yang menjadi pilihan anda. Gambar di bawah ini menunjukkan kursus yang terdapat di SMPKV Indahpura Johor.

Syarat kemasukan ke SMPKV ini mudah saja.

1. Murid mestilah mempunyai kad OKU yang menunjukkan jenis kecacatan seperti pendengaran, pertuturan, pembelajaran, fizikal, sindrom down dan penglihatan. 

2. Murid mestilah berumur 15 tahun hingga 18 tahun. Sekiranya sudah berumur 18 tahun, murid akan mendaftar di sekolah ini pada umur 19 tahun dan akan menamatkan pengajian pada umur 20 tahun 😆.

3. Murid mempunyai asas membaca, menulis dan mengira dengan kiraan asas. Yelah..nama pun MBK kan, kalau pandai sangat dicadangkan ambil SPM je la terus 😁

4. Murid mestilah mempunyai rekod disiplin yang baik. Semasa saringan di sekolah, murid diminta membawa salinan rekod SSDM dari sekolah lama Kalau ada kes teruk, kami tidak ambil ye. Tetapi semua kemasukan masih lagi di bawah budi bicara panel yang menilai.

5. Murid yang berminat juga mestilah tidak mempunyai penyakit kronik ataupun masalah kesihatan yang memerlukan pemeriksaan lanjutan di hospital. Ini kerana semua murid yang terpilih akan menetap di asrama yang disediakan.

Jadi sekiranya anda rasa anda layak, atau anak-anak murid anda layak, anak anak-anak anda layak,
WAJIB cuba untuk mengisi di dalam onlineyang diberi. Dapat atau tak dapat lain ceritalah kan. Yang penting anda telah mencuba dan tiada anak anda, atau anak-anak anda mendapat peluang pembelajaran tanpa ada keciciran. Selamat mencuba! 


Khamis, 21 Mac 2019

MIPOKU - Manual Isyarat Pendandan OKU


http://anyflip.com/aguz/vosy/

Bahasa  isyarat  merupakan  bahasa  yang  digunakan  orang  pekak  untuk berkomunikasi  secara visual  antara  satu  sama  lain (Hasuria, 2009). Bahasa isyarat memudahkan orang pekak untuk berkomunikasi dan meluahkan pendapat, perasaan, masalah dan sebagainya. Bahasa isyarat adalah bahasa semula jadi yang terdiri daripada struktur yang kompleks dan tatabahasa yang sendiri (Stokoe,  2005). Keunikan  dari segi  pergerakan tangan,  badan dan  muka  membezakan setiap mesej  yang  ingin disampaikan (Hasuria,  2009).  Di Malaysia,  Bahasa  Isyarat Malaysia atau  lebih  dikenali  BIM  merupakan  bahasa  rasmi  komuniti  pekak. Sejarah permulaan bahasa isyarat di Malaysia pada tahun 1954 (Hasuria, 2009). BIM digunakan dalam komunikasi seharian dan merupakan lambang kekentalan, kekayaan dan keindahan adat budaya dan gaya hidup orang pekak di Malaysia. (Sazali, 2004). Oleh itu, jelas menunjukkan BIM merupakan medium komunikasi utama bagi komuniti pekak di Malaysia.

Namun begitu, terminologi BIM dalam bidang dandanan rambut amat kurang terkenal dan jarang digunakan dalam komunikasi.  Hal ini  juga  menimbulkan kekeliruan dan salah faham di  kalangan murid kurang upaya pendengaran dengan guru. Ianya menjadi satu keperluan yang  mendesak kerana kohort pertama keluaran sekolah ini dalam bidang dandanan rambut akan keluar bekerja dan bagaimana cara komunikasi selepas tamat persekolahan kelak. Oleh yang demikian, terminologi dalam dandanan rambut dihimpunkan di dalam satu katalog untuk komuniti pekak kelak.

Antara isu dan permasalahan yang dapat ditangani dengan inovasi ini ialah kesedaran komuniti dalam usaha membantu mereka  sangat terhad  berbanding dengan kumpulan  OKU yang lain.
Komunikasi lebih mudah ketika guru menyampaikan isi kandungan pelajaran dan memperkenalkan terminologi dandanan rambut.

Sebagai alternatif kepada permasalahan ini, kami memperkenalkan satu kaedah komunikasi kod tangan yang boleh di akses secara online pada bila-bila masa di mana-mana sahaja.


Keberkesanan MIPOKU kepada pengajaran dan pembelajaran

Sebelum inovasi
Selepas inovasi
Mengambil masa yang panjang untuk menyampaikan sesuatu arahan.

Kehendak guru tidak dapat dipenuhi

Murid yang datang ke sekolah ini daripada berbagai negeri, jadi kebolehan berbahasa isyarat berlainan.

Murid kurang mengingati tajuk penggayaan dan nama alat dan bahan

Murid kurang keyakinan diri dalam bidang dandanan kerana komunikasi terbatas. Tidak yakin apabila berhadapan dengan orang lain.

Arahan guru sukar difahami oleh murid kerana kebolehan berbahasa isyarat berlainan.
Arahan kerja lebih mudah diberikan kerana guru kerap menggunakan MIPOKU sebagai rujukan di dalam kelas dan murid juga merujuk di dalam MIPOKU sekiranya terdapat perkataan yang kurang difahami.





MIPOKU merupakan  penciptaan ilmu baharu jadi proses pemindahan ilmu, kesejahteraan sosial masyarakat serta memberi impak kepada kehidupan masyarakat OKU yang lebih berkualiti umumnya. Antara potensi MIPOKU dalam industri dandanan ialah masyarakat boleh mempelajari isyarat untuk perbincangan dalam industri dandanan dengan lebih mudah dan cepat. MIPOKU disediakan dalam saiz yang kecil,ringan dan boleh dibawa ke mana-mana bagi memudahkan pengguna.
Isi kandungan mengikut kehendak industri di mana disusun mengikut NOSS. Selain daripada itu, MIPOKU boleh dikembangkan menjadi aplikasi teknologi android seiring dengan perkembangan teknologi terkini.