Selasa, 29 Oktober 2019

Pengambilan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional

Tahun ini cikgu berpeluang melibatkan diri secara langsung dengan pengambilan murid berkeperluan khas ke sekolah vokasional di sekolah cikgu. Bermula dengan iklan yang biasanya dikeluarkan pada bulan Ogos sehingga September, cikgu dapat melihat sendiri bagaimana pemilihan murid dibuat bagi memastikan hanya murid yang berkelayakan sahaja yang akan dipilih untuk menyambung pelajaran ke sekolah vokasional. Bermula tahun 2018, kemasukan ke SMPKV adalah secara atas talian (online). Jadi ibubapa perlu mengisi borang pada laman sesawang di bawah :

https://epkhas.moe.gov.my 


Secara keseluruhan terdapat 4 sekolah pendidikan khas vokasional terdapat di Malaysia yang melibatkan 4 zon di Malaysia iaitu SMPKV Indahpura di Johor, SMPKV Shah Alam di Selangor, SMPKV Kuantan di Pahang dan SMPKV Merbok di Kedah. Kesemua SMPKV bagaimanapun menawarkan aliran kemahiran yang berbeza. Jadi anda perlu membuat pilihan aliran kemahiran manakah yang menjadi pilihan anda. Gambar di bawah ini menunjukkan kursus yang terdapat di SMPKV Indahpura Johor.

Syarat kemasukan ke SMPKV ini mudah saja.

1. Murid mestilah mempunyai kad OKU yang menunjukkan jenis kecacatan seperti pendengaran, pertuturan, pembelajaran, fizikal, sindrom down dan penglihatan. 

2. Murid mestilah berumur 15 tahun hingga 18 tahun. Sekiranya sudah berumur 18 tahun, murid akan mendaftar di sekolah ini pada umur 19 tahun dan akan menamatkan pengajian pada umur 20 tahun 😆.

3. Murid mempunyai asas membaca, menulis dan mengira dengan kiraan asas. Yelah..nama pun MBK kan, kalau pandai sangat dicadangkan ambil SPM je la terus 😁

4. Murid mestilah mempunyai rekod disiplin yang baik. Semasa saringan di sekolah, murid diminta membawa salinan rekod SSDM dari sekolah lama Kalau ada kes teruk, kami tidak ambil ye. Tetapi semua kemasukan masih lagi di bawah budi bicara panel yang menilai.

5. Murid yang berminat juga mestilah tidak mempunyai penyakit kronik ataupun masalah kesihatan yang memerlukan pemeriksaan lanjutan di hospital. Ini kerana semua murid yang terpilih akan menetap di asrama yang disediakan.

Jadi sekiranya anda rasa anda layak, atau anak-anak murid anda layak, anak anak-anak anda layak,
WAJIB cuba untuk mengisi di dalam onlineyang diberi. Dapat atau tak dapat lain ceritalah kan. Yang penting anda telah mencuba dan tiada anak anda, atau anak-anak anda mendapat peluang pembelajaran tanpa ada keciciran. Selamat mencuba!