Ahad, 9 Ogos 2020

Kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional SMPKV di Malaysia

Program pendidikan vokasional secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan atau latihan yang berasaskan kemahiran teknikal untuk melahirkan pekerja tenaga mahir dan separa mahir. Oleh yang demikian, pendidikan dan latihan vokasional harus menitikberatkan perkembangan dalam kemahiran dan memupuk sifat berdikari. Pendidikan Vokasional kepada pelajar pekak di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura bermula pada tahun 2004. Melalui program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) pelajar pekak telah diberi kursus kemahiran grafik berkomputer dan dandanan rambut yang bertujuan menyediakan mereka untuk menyambung pelajaran dalam bidang lebih tinggi. Kebanyakan daripada mereka, apabila telah tamat persekolahan, ditawarkan menyambung pengajian di politeknik namun hanya bidang grafik sahaja yang ada untuk disambung dalam bidang yang sama manakala bagi murid dandanan rambut pula mereka akan berubah haluan samada memilih kursus katering, perhotelan atau fesyen kerana kursus dandanan rambut tidak ditawarkan di mana-mana politeknik.  Sehubungan dengan itu, melalui pengalaman lepas, bermula pada tahun 2016, sekolah ini tidak menawarkan lagi mata pelajaran vokasional tetapi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dijadikan penggantian pakej dan vokasional yang bertujuan untuk menyediakan pelajar  berkeperluan khas ke pasaran kerja. Sukatan pelajaran yang digunakan adalah NOSS sama seperti yang diikuti oleh pelajar tipikal. Para pelajar akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekiranya terampil atau Penyata Pencapaian sekiranya tidak memenuhi syarat ketrampilan. Sehingga kini, sekolah ini menawarkan 6 kursus yang memberikan tauliah kepada pelajar selaras dengan kurikulum yang dijalankan di kolej vokasional yang lain.

Sehubungan dengan itu, permohonan kemasukan ke SMPKV bagi murid berkeperluan khas adalah amat penting bagi menyokong kemenjadian MBK. MBK yang dulunya belajar kemahiran secara kecil-kecilan di PPKI sekolah masing-masing, sekarang boleh meneruskan kemahiran secara berfokus bagi meletakkan diri mereka berdaya saing seiring dengan murid biasa.

Antara kursus yang ditawarkan di SMPK 







Guru-guru PPKI dan ibu bapa murid berkeperluan khas dah boleh la melakukan tinjauan bagi memastikan hala tuju anak masing-masing.


Selamat berjaya


Selasa, 4 Ogos 2020

Senarai Kursus Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV)

Berikut dikongsikan senarai kursus SM Pendidikan Khas seluruh Malaysia.

 

SMPKV Indahpura, Kulai Johor

Refleksologi Kaki, Tangan Dan Telinga

Juru Estetik – Perkhidmatan Estetik

Penyediaan Dan Pembuatan Makanan

Operasi Pengemasan

Dandanan Rambur

Desktop Publishing

 

SMPKV Shah Alam, Selangor

Pembuat Pakaian Wanita

Operasi Pengemasan

Operasi Pembuatan Perabot

Pemasangan Dan Penyenggaraan Elektrik

Peralatan Penyamanan Udara HAVC – Satu Fasa (Pemasangan, Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan)

Desktop Publishing

Operasi Pembuatan Batik

Penyediaan dan Pembuatan Makanan

Menservis dan Menyelenggara Motosikal

 

SMPKV Kuantan, Pahang

Penyedia dan Pembuatan Makanan

Pembuatan Roti

Operasi Pengeluaran Batik

Atendan Landskap

Pekerja Am Tanaman

Pekerja Ladang Poltri

Pekerja Ladang Ruminan

Operator Akuakultur

Pembuatan Pastri

Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan

 

SMPKV Merbok, Kedah

Operasi Perkhidmatan Dobi

Operasi Pengemasan

Koordinator Landskap

Operasi Servis Makanan Dan Minuman

Pembuat Pakaian Wanita

Pembuat Pakaian Lelaki Kanan

Peralatan Penyamanan Udara HAVC – Satu Fasa (Pemasangan, Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan)

 

SMPK Persekutuan, Pulau Pinang

Pembuat Pakaian Wanita/Rekaan Dan Jahitan (SKM)

Elektrik Domestik/Servis Alatan Elektrik Dan Domestik (SKM)

Pertukangan Kayu/Membuat Perabut (SKM)

Pembinaan Domestik (SPM/MPV)

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi maklumat tertera:

 

Bahagian Pendidikan Khas(BP Khas),

Kementerian Pendidikan Malaysia,

Aras 2, Blok E2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Putrajaya.

No.Tel: 03 – 8884 9190

No.Faks: 03 – 8888 6659

 

Atau emelkan kepada aduanepkhas@moe.gov.my.