Sabtu, 12 November 2022

Penerapan KBAT aras mengaplikasi di dalam kelas

Sejak akhir-akhir ni , semua guru diberi penataran pembudayaan KBAT di sekolah. Apatah lagi bermula tahun 2022, semua sekolah akan diberi penarafan KBAT berdasarkan instrumen. Antara intipati instrumen yang diketengahkan adalah penerapan KBAT di dalam PDP guru dan murid. Instrumen lebih kurang sama yang terdapat di dalam SKPM Kualiti xxx . Untuk tidak membebankan guru, pencerapan penarafan KBAT boleh dilakukan seiring dengan pencerapan oleh pencerap yang dilantik di sekolah. Cuma cikgu perlulah tambah nilai elemen KBAT di dalam pdpc cikgu ya..

Apa itu KBAT ?

senang untuk kita merumuskan KBAT adalah pencapaian murid dalam 4 elemen taksonomi anderson yang dimodifikasi daripada taksonomi Bloom. Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), KBAT adalah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (BPK,2013).

Terdapat 7 elemen KBAT yang dilaksanakan di sekolah merangkumi :

3 elemen utama iaitu Kurikulum, Pedagogi dan Pentaksiran.

4 elemen sokongan iaitu Kokurikulum, Bina Upaya, Sokongan Komuniti dan Swasta serta Sumber

Di sini, cikgu nak berkongsi bagaimana cara untuk mengapliksikan KBAT di dalam pdpc. Semuanya terletak pada penulisan rancangan pengajaran guru. Semua objektif, aktiviti hendaklah ditulis berdasarkan kata kerja KBAT bermula dari aras mengaplikasi sehingga ke mencipta. Kata tugas mencerminkan KBAT yang digunakan cikgu senaraikan mengikut aras taksonomi :

Mengaplikasi             

Menunjukkan
Menyesuaikan
Menggunakan
Menggambarkan
Membina
Melengkapkan
Memeriksa
Mengelaskan
Menunjuk cara
Melukis
Melakar
Meramal
Menyediakan
Menghasilkan
Mengguna pakai
Melaksana
Melakonkan
dan lain-lain

Bagaimana penggunaan di dalam rph cikgu sekalian?
Cikgu boleh gunakan kata tugas seperti di atas untuk pencapaian objektif cikgu, refleksi sehingga penulisan aktiviti untuk merangkumi KBAT di dalam kelas. 

Contoh penulisan objektif pengajaran :
Pada akhir Pdpc, murid dapat :
1. Menunjukkan contoh-contoh fenomena alam ...
2. Menyesuaikan keadaan dengan istilah yang sesuai....

Refleksi :
1. Murid diminta menggunakan kad yang disediakan bagi membentuk satu objek.
2. Guru dan murid berkongsi OP dan KK.

Aktiviti:
1. Murid membina model...
2. Murid menyediakan alatan dan bahan yang sesuai...

Bagi aras KBAT yang lain,,akan cikgu konsikan di masa yang lain.
Terima kasih kerana membaca.

Khamis, 16 Disember 2021

๐Ÿ“ข PERMOHONAN KE SMPK VOKASIONAL INDAHPURA, KULAI JOHOR MASIH DIBUKA SEHINGGA 31 DISEMBER 2021 ๐Ÿ“ข

Jangan lepaskan peluang.....❤️❤️❤️


๐Ÿ“ŒPermohonan EPKHAS : https://epkhas.moe.gov.my/


๐Ÿ“ฑTatacara Pengisian : https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/a-journey-to-smpkvip/laman-utama/permohonan-epkhas


Tawaran Kursus  seperti berikut :


๐Ÿ’ก Kursus Desktop Publishing Tahap 2 

๐Ÿ’ก Kursus Dandanan Rambut Tahap 2 

๐Ÿ’ก Kursus Operasi Pengemasan Tahap 2 

๐Ÿ’ก Kursus Perkhidmatan Estetik Tahap 2 

๐Ÿ’ก Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan Tahap 2 

๐Ÿ’ก Kursus Refleksologi Kaki,  Tangan & Telinga Tahap 3


๐ŸŽฅ Rakaman Webinar ' A Jouney To SMPKVIP' berkaitan penerangan kursus :

https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=405514657982304


Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan, 

boleh hubungi :


CIKGU RABTHAH BINTI ABD RAHIM (PKHEM) 01110648774, 

CIKGU SITI NURULHUDA : 0177071150 , 

CIKGU NAZIFAH AKMAL : 0129007413.


Untuk maklumat lanjut berkaitan setiap kursus,

boleh layari LAMAN GOOGLE SITE :

https://bit.ly/3HS4hQ3

Rabu, 7 Julai 2021

Rawatan Rambut dan Kulit Kepala Normal

Kaedah rawatan hendaklah ditentukan berdasarkan analisis rambut. Setelah analisis dibuat, pendandan akan membuat keputusan samada rawatan yang akan dilakukan adalah rawatan rambut atau rawatan kulit kepala.

Rawatan rambut juga boleh dilakukan berdasarkan kehendak pelanggan. Sekiranya pelanggan berkehendak untuk melakukan rawatan tertentu, pendandan boleh melakukan rundingan terlebih dahulu sekiranya rawatan tidak sesuai dengan keadaan rambut pelanggan.

Kaedah rawatan terbahagi kepada 2 kategori :
i. Rawatan rambut
ii. Rawatan kulit kepala

Rawatan kulit kepala terbahagi kepada 2 iaitu
i. Rawatan kulit kepala normal
ii. Rawatan kulit kepala berminyak/kelemumur

Rawatan rambut terdiri daripada 3 kategori :
i. Rawatan rambut normal
ii. Rawatan rambut kering
iii. Rawatan rambut gugur
 
PROSEDUR MERAWAT KULIT KEPALA NORMAL
1. Kenalpasti alat dan bahan
2. Susun alat dan bahan di atas troli.
3. Persediaan pelanggan

4. Analisa rambut dan kulit kepala

5. Berus rambut untuk membuang kotoran.

6. Syampu rambut

7. Bahagi rambut kepada empat bahagian

8. Sapu rata bahan rawatan

9. Wapkan rambut.

10. Manipulasi kulit kepala.

11. Bersihkan dan bilas rambut.

12. Keringkan dan gayakan rambut mengikut stail yang sesuai.


Ahad, 9 Ogos 2020

Kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional SMPKV di Malaysia

Program pendidikan vokasional secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan atau latihan yang berasaskan kemahiran teknikal untuk melahirkan pekerja tenaga mahir dan separa mahir. Oleh yang demikian, pendidikan dan latihan vokasional harus menitikberatkan perkembangan dalam kemahiran dan memupuk sifat berdikari. Pendidikan Vokasional kepada pelajar pekak di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura bermula pada tahun 2004. Melalui program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) pelajar pekak telah diberi kursus kemahiran grafik berkomputer dan dandanan rambut yang bertujuan menyediakan mereka untuk menyambung pelajaran dalam bidang lebih tinggi. Kebanyakan daripada mereka, apabila telah tamat persekolahan, ditawarkan menyambung pengajian di politeknik namun hanya bidang grafik sahaja yang ada untuk disambung dalam bidang yang sama manakala bagi murid dandanan rambut pula mereka akan berubah haluan samada memilih kursus katering, perhotelan atau fesyen kerana kursus dandanan rambut tidak ditawarkan di mana-mana politeknik.  Sehubungan dengan itu, melalui pengalaman lepas, bermula pada tahun 2016, sekolah ini tidak menawarkan lagi mata pelajaran vokasional tetapi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dijadikan penggantian pakej dan vokasional yang bertujuan untuk menyediakan pelajar  berkeperluan khas ke pasaran kerja. Sukatan pelajaran yang digunakan adalah NOSS sama seperti yang diikuti oleh pelajar tipikal. Para pelajar akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekiranya terampil atau Penyata Pencapaian sekiranya tidak memenuhi syarat ketrampilan. Sehingga kini, sekolah ini menawarkan 6 kursus yang memberikan tauliah kepada pelajar selaras dengan kurikulum yang dijalankan di kolej vokasional yang lain.

Sehubungan dengan itu, permohonan kemasukan ke SMPKV bagi murid berkeperluan khas adalah amat penting bagi menyokong kemenjadian MBK. MBK yang dulunya belajar kemahiran secara kecil-kecilan di PPKI sekolah masing-masing, sekarang boleh meneruskan kemahiran secara berfokus bagi meletakkan diri mereka berdaya saing seiring dengan murid biasa.

Antara kursus yang ditawarkan di SMPK 







Guru-guru PPKI dan ibu bapa murid berkeperluan khas dah boleh la melakukan tinjauan bagi memastikan hala tuju anak masing-masing.


Selamat berjaya


Selasa, 4 Ogos 2020

Senarai Kursus Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV)

Berikut dikongsikan senarai kursus SM Pendidikan Khas seluruh Malaysia.

 

SMPKV Indahpura, Kulai Johor

Refleksologi Kaki, Tangan Dan Telinga

Juru Estetik – Perkhidmatan Estetik

Penyediaan Dan Pembuatan Makanan

Operasi Pengemasan

Dandanan Rambur

Desktop Publishing

 

SMPKV Shah Alam, Selangor

Pembuat Pakaian Wanita

Operasi Pengemasan

Operasi Pembuatan Perabot

Pemasangan Dan Penyenggaraan Elektrik

Peralatan Penyamanan Udara HAVC – Satu Fasa (Pemasangan, Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan)

Desktop Publishing

Operasi Pembuatan Batik

Penyediaan dan Pembuatan Makanan

Menservis dan Menyelenggara Motosikal

 

SMPKV Kuantan, Pahang

Penyedia dan Pembuatan Makanan

Pembuatan Roti

Operasi Pengeluaran Batik

Atendan Landskap

Pekerja Am Tanaman

Pekerja Ladang Poltri

Pekerja Ladang Ruminan

Operator Akuakultur

Pembuatan Pastri

Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan

 

SMPKV Merbok, Kedah

Operasi Perkhidmatan Dobi

Operasi Pengemasan

Koordinator Landskap

Operasi Servis Makanan Dan Minuman

Pembuat Pakaian Wanita

Pembuat Pakaian Lelaki Kanan

Peralatan Penyamanan Udara HAVC – Satu Fasa (Pemasangan, Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan)

 

SMPK Persekutuan, Pulau Pinang

Pembuat Pakaian Wanita/Rekaan Dan Jahitan (SKM)

Elektrik Domestik/Servis Alatan Elektrik Dan Domestik (SKM)

Pertukangan Kayu/Membuat Perabut (SKM)

Pembinaan Domestik (SPM/MPV)

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi maklumat tertera:

 

Bahagian Pendidikan Khas(BP Khas),

Kementerian Pendidikan Malaysia,

Aras 2, Blok E2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Putrajaya.

No.Tel: 03 – 8884 9190

No.Faks: 03 – 8888 6659

 

Atau emelkan kepada aduanepkhas@moe.gov.my.

Selasa, 14 Januari 2020

Borang Tempahan Bas


Hari ini cikgu nak ajar bagaimana membuat borang secara online.
Sebab cikgu ni cheapskate orangnya, maka cikgu akan pilih apps yang free sahaja.
Oleh kerana itu cikgu memlilih emailmeform.com yang sesuai bagi penggunaan yang ringan-ringan sahaja.
Walaubagaimanapun penggunaan adalah terhad kepada 100 kali penggunaan sahaja.
Kalau korang kerap menggunakan form, boleh je nak guna emailmeform dan boleh upgrade kepada yang berbayar.
Tengok ni cikgu tunjuk plan yang ada.





Powered byEMF Online Order Form

Selasa, 29 Oktober 2019

Pengambilan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional

Tahun ini cikgu berpeluang melibatkan diri secara langsung dengan pengambilan murid berkeperluan khas ke sekolah vokasional di sekolah cikgu. Bermula dengan iklan yang biasanya dikeluarkan pada bulan Ogos sehingga September, cikgu dapat melihat sendiri bagaimana pemilihan murid dibuat bagi memastikan hanya murid yang berkelayakan sahaja yang akan dipilih untuk menyambung pelajaran ke sekolah vokasional. Bermula tahun 2018, kemasukan ke SMPKV adalah secara atas talian (online). Jadi ibubapa perlu mengisi borang pada laman sesawang di bawah :

https://epkhas.moe.gov.my 


Secara keseluruhan terdapat 4 sekolah pendidikan khas vokasional terdapat di Malaysia yang melibatkan 4 zon di Malaysia iaitu SMPKV Indahpura di Johor, SMPKV Shah Alam di Selangor, SMPKV Kuantan di Pahang dan SMPKV Merbok di Kedah. Kesemua SMPKV bagaimanapun menawarkan aliran kemahiran yang berbeza. Jadi anda perlu membuat pilihan aliran kemahiran manakah yang menjadi pilihan anda. Gambar di bawah ini menunjukkan kursus yang terdapat di SMPKV Indahpura Johor.

Syarat kemasukan ke SMPKV ini mudah saja.

1. Murid mestilah mempunyai kad OKU yang menunjukkan jenis kecacatan seperti pendengaran, pertuturan, pembelajaran, fizikal, sindrom down dan penglihatan. 

2. Murid mestilah berumur 15 tahun hingga 18 tahun. Sekiranya sudah berumur 18 tahun, murid akan mendaftar di sekolah ini pada umur 19 tahun dan akan menamatkan pengajian pada umur 20 tahun ๐Ÿ˜†.

3. Murid mempunyai asas membaca, menulis dan mengira dengan kiraan asas. Yelah..nama pun MBK kan, kalau pandai sangat dicadangkan ambil SPM je la terus ๐Ÿ˜

4. Murid mestilah mempunyai rekod disiplin yang baik. Semasa saringan di sekolah, murid diminta membawa salinan rekod SSDM dari sekolah lama Kalau ada kes teruk, kami tidak ambil ye. Tetapi semua kemasukan masih lagi di bawah budi bicara panel yang menilai.

5. Murid yang berminat juga mestilah tidak mempunyai penyakit kronik ataupun masalah kesihatan yang memerlukan pemeriksaan lanjutan di hospital. Ini kerana semua murid yang terpilih akan menetap di asrama yang disediakan.

Jadi sekiranya anda rasa anda layak, atau anak-anak murid anda layak, anak anak-anak anda layak,
WAJIB cuba untuk mengisi di dalam onlineyang diberi. Dapat atau tak dapat lain ceritalah kan. Yang penting anda telah mencuba dan tiada anak anda, atau anak-anak anda mendapat peluang pembelajaran tanpa ada keciciran. Selamat mencuba!