Kaedah
rawatan hendaklah ditentukan berdasarkan analisis rambut. Setelah analisis
dibuat, pendandan akan membuat keputusan samada rawatan yang akan dilakukan adalah
rawatan rambut atau rawatan kulit kepala.
Rawatan rambut juga boleh dilakukan berdasarkan kehendak pelanggan. Sekiranya pelanggan berkehendak untuk melakukan rawatan tertentu, pendandan boleh melakukan rundingan terlebih dahulu sekiranya rawatan tidak sesuai dengan keadaan rambut pelanggan.
Kaedah rawatan terbahagi kepada 2 kategori :
i. Rawatan rambut
ii. Rawatan kulit kepala
Rawatan kulit kepala terbahagi kepada 2 iaitu
i. Rawatan kulit kepala normal
ii. Rawatan kulit kepala berminyak/kelemumur
Rawatan rambut terdiri daripada 3 kategori :
i. Rawatan rambut normal
ii. Rawatan rambut kering
iii. Rawatan rambut gugur
1. Kenalpasti alat dan bahan
2. Susun alat dan bahan di atas troli.
3. Persediaan pelanggan
4. Analisa
rambut dan kulit kepala
5. Berus rambut
untuk membuang kotoran.
6. Syampu rambut
7. Bahagi rambut
kepada empat bahagian
8. Sapu rata
bahan rawatan
9. Wapkan
rambut.
10. Manipulasi kulit
kepala.
11. Bersihkan dan
bilas rambut.
12. Keringkan
dan gayakan rambut mengikut stail yang sesuai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan