Rabu, 7 Julai 2021

Rawatan Rambut dan Kulit Kepala Normal

Kaedah rawatan hendaklah ditentukan berdasarkan analisis rambut. Setelah analisis dibuat, pendandan akan membuat keputusan samada rawatan yang akan dilakukan adalah rawatan rambut atau rawatan kulit kepala.

Rawatan rambut juga boleh dilakukan berdasarkan kehendak pelanggan. Sekiranya pelanggan berkehendak untuk melakukan rawatan tertentu, pendandan boleh melakukan rundingan terlebih dahulu sekiranya rawatan tidak sesuai dengan keadaan rambut pelanggan.

Kaedah rawatan terbahagi kepada 2 kategori :
i. Rawatan rambut
ii. Rawatan kulit kepala

Rawatan kulit kepala terbahagi kepada 2 iaitu
i. Rawatan kulit kepala normal
ii. Rawatan kulit kepala berminyak/kelemumur

Rawatan rambut terdiri daripada 3 kategori :
i. Rawatan rambut normal
ii. Rawatan rambut kering
iii. Rawatan rambut gugur
 
PROSEDUR MERAWAT KULIT KEPALA NORMAL
1. Kenalpasti alat dan bahan
2. Susun alat dan bahan di atas troli.
3. Persediaan pelanggan

4. Analisa rambut dan kulit kepala

5. Berus rambut untuk membuang kotoran.

6. Syampu rambut

7. Bahagi rambut kepada empat bahagian

8. Sapu rata bahan rawatan

9. Wapkan rambut.

10. Manipulasi kulit kepala.

11. Bersihkan dan bilas rambut.

12. Keringkan dan gayakan rambut mengikut stail yang sesuai.