Quick Response Code atau lebih dikenali sebagai QR Code adalah satu cabang
pengetahuan alaf baru yang banyak digunakan dalam berbagai industri. Selain
memperkenalkan barang keperluan seharian, penggunaan QR code diperluaskan dalam
bidang pendidikan bagi menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan.
Pemilihan
bersesuaian dengan aktiviti koperatif yang digalakkan dalam PAK21. Murid juga
membuat pergerakan semasa aktiviti ini dijalankan dan mereka tidak akan
mengantuk atau jemu dengan pembelajaran guru.
Kaedah pelaksanaan :
1. Muat turun
aplikasi QR Code generator dari peranti android.
Kelebihan menggunakan QR Code dalam explorace :
1. Menjimatkan masa arahan dan tugasan. Tugasan diberi dalam bentuk digital dan memerlukan kebolehan membaca dan menganalisis soalan. Tugasan boleh dihantar dalam bentuk digital juga seperti whatsapp atau telegram atau menghantar tugasan menggunakan frog vle.
2. Menjimatkan tenaga kerja petugas yang menjaga checkpoint. Murid hanya perlu mengimbas QR Code dengan menggunakan telefon bimbit sahaja tanpa perlu melibatkan tenaga kerja yang berlebihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan