Selasa, 27 Mac 2018

Penulisan Buku Rekod Mengajar Ketika Peperiksaan/Ujian

Buku rekod mengajar guru merupakan perkara paling penting sekali dalam perkhidmatan sebagai guru, boleh dikatakan ia sebagai 'nyawa' guru, perlu dijaga dan direkod dengan baik. setiap minggu perlu dihantar kepada Ketua Jabatan untuk disemak dan ia berfungsi sebagai tempat rujukan guru lain sekiranya tempat guru diganti oleh orang lain. Penulisan buku rekod pula seharusnya sehari sebelum pdpc dijalankan. kerana anya sebagai perancangan cikgu untuk sesi pdpc akan datang. 
Hari ini cikgu nak kongsikan penulisan buku rekod mengajar ketika waktu peperiksaan. Sekolah cikgu telah menetapkan setiap kali peperiksaan, buku rekod mengajar mestilah ditulis dengan lengkap mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan peperiksaan. 

Cara penulisan buku rekod sewaktu ujian/peperiksaan ialah :

                         

-- - - Cara penulisan peperiksaan mungkin berbeza mengikut pentadbir atau kawasan masing-masing. Terpulang kepada cara masing-masing untuk menulis asalkan buku rekod ditulis. Ada juga pentadbir yang membenarkan untuk menampal jadual ujian dalam buku rekod. Setiap cara pun betul yang penting kerajinan kita untuk menggunakan buku rekod sebagai perekodan kerja sehari-hari kita.

p/s : cikgu masih gunakan buku rekod yang bertulis menggunakan pen hitam sahaja. Ada sekolah yang dah advance menggunakan fail dan isi rekod dicetak sahaja. yang penting ada rekodnya.

Bestnya PdPc di luar bilik darjah part 2

Entri kali ini ialah sambungan entri yang lepas yang tak sempat cikgu nak update. Selepas beberapa jam mengkaji maklumat tentang W Concept Saloon, cikgu mem'belanja' anak murid cikgu di sebuah tempat yang agak glemer juga tapi cikgu pun tak pernah makan di sini. SDS Cafe di AEON Kulai menjadi pilihan pada kali ini. Sebab cikgu nak bawak ramai anak murid jadi cikgu booking dulu tempat bagi memastikan ada tempat untuk duduk. Alhamdulillah walaupun kami sampai pada waktu peak hour, tapi meja telah di 'reserve' untuk kami. 

                                                                   ~photo deleted~

Sesudah siap mengatur kedudukan murid, cikgu pun menghulur menu untuk murid membuat pilihan sendiri dengan bajet duit yang ada. Terkebil-kebillah anak murid cikgu nak pilih sebab bahasa yang digunakan adalah bahasa inggeris. Nasib baiklah ada gambar makanan di sebelah menu. Dapatlah juga mereka membuat keputusan dengan cepat. Kami membuat order mengikut kelas supaya senang dalam proses pembayaran nanti. Laipun, memang nak melatih murid membayar sendiri. Secara tak langsung pdpc kali ini dah merentas kurikulum juga.

~photo deleted~

Nampak tak keceriaan muka masing-masing bila dah dapat makanan. Makanan pun boleh tahan canggih la bukan ada nasi putih dengan ikan asam pedas ke sambal belacan ke. Tapi memang tekak Melayu kan..ke mana-mana memang nak nasi punya.

~photo deleted~

Dah siap makan murid cikgu buat bayaran sendiri di kaunter. Memang cikgu nak ajar diorang bayar sendiri. Cikgu tengok je dari tepi.

Lepas siap makan kami bergegas ke TGV Cinemas untuk beli tiket wayang pula. Memang objektifnya untuk mendedahkan murid dengan perkembangan teknologi sekarang..jadi cikgu perkenalkan cara membeli tiket menggunakan kiosk. Manalah tahu lepas ni diorang buka barber shop yang kena ambil nombor dan bayar pakai kiosk juga kan...

~photo deleted~
Senyum je kat tepi kaunter.

~photo deleted~
Ha ni la tiket yang beli pakai kiosk. Dah tempah siap bergambar dengan tiket yang dah dibeli. Harga tiket pada hari ini agak mahal. Puaslah kitorang nego dengan adik kat kaunter tu nak tiket murah pasal diorang OKU. Nasib la dia kata boleh dapat RM10 tapi seat kat bahagian hadapan skrin. Bolehlah nak... asalkan korang ada pengalaman.

~photo deleted~
Ha..ni lah cerita yang diorang layan dalam wayang nanti. Mintak-mintaklah anak murid cikgu yang kurang upaya pendengaran ni faham jalan ceritanya. Esok cikgu tanya dalam kelas.

Bestnya PdPc Luar Bilik Darjah.

Setiap hari PdPc dijalankan dalam bilik darjah. Ada masanya, kita sudah sebu dengan ruang yang sama walaupun aktiviti berbeza. Ternyata daripada masalah itu, cikgu bersama clique cikgu merancang selama sebulan untuk mengadakan kelas di luar bilik darjah. Tempat yang akan dijadikan tempat belajar pula mestilah selesa dan kondusif serta menyeronokkan. Oleh itu setelah dibuat tinjauan, Aeon Kulai menjadi tempat kami mengadakan Pdpc luar bilik darjah kerana ia tidak terlalu jauh dari sekolah serta ianya ternyata amatlah kondusif. Cikgu memilih 'W Saloon' sebagai tempat untuk kami menjalankan aktiviti pdpc hari ini. Sesuai dengan objektif pdpc kali ini yang menekankan CoCu 05 : Hair Salon Maintenance sebagai tajuk utamanya.
Antara objektif program ini ialah :

  1. Untuk mengadakan kolaborasi dengan pihak W Saloon dalam memberikan pengetahuan asas dalam bidang dandanan rambut.
  1. Untuk memberikan panduan kepada murid Tahun 1 Kursus Dandanan Rambut berkenaan tajuk Cocu 5 yang merangkumi :
  • cara menyelenggara salun.
  • cara mengendalikan peralatan rambut.
  • langkah-langkah menjaga keselamatan dan kebersihan salun.
  • cara-cara mengamalkan housekeeping salun rambut.
  1. Untuk memberi penghargaan dan galakan kepada murid untuk mengenali industri sebenar.

Seawal jam 10 pagi lagi kami semua dan bersedia untuk memulakan program hari ini. Anak murid cikgu lagi lah..jam 9.30 lagi semua dah tak boleh nak fokus dalam kelas, tak sabar nak berjalan katanya. Sebelum pergi sempat lagi la berposing depan bas ni ha

Jam 10.30 kami bertolak... tup2 10.40 pagi dah sampai ke Aeon Kulai. Ha.. kan dah kata sekangkang kera aja kan. Sampai je kami terus menuju ke 'W Saloon' dan disambut oleh Mr Wong, Manager salun tersebut. Sempoi je orangnya. Takde protokol ke apa ke. Terus fokus pada objektifnya... untuk memperkenalkan salun dan penyusunan stok dalam salun. Produk disusun dengan teratur dan menarik minat pelanggan untuk datang. Mr Wong memaklumkan produk di salun menggunakan Argan Nut sebagai sumbernya kerana kebanyakan pelanggan memang suka bahan semulajadi. Produk di salunnya kebanyakan dibeli melalui supplier daripada Singapura dan China yang dijamin selamat digunakan. 

Bersungguh-sungguh budak-budak ni mendengar. yang tak dengar pulak, bersungguh-sungguh cikgu menginterpret dalam bahasa isyarat..fuh!

Mr Wong punya penerangan memang tersusun dan berinformasi. Yelah.. dah 10 tahun berkecimpung dalam bidang ni. Katanya latihan berulang-ulang kali memang selalu kena buat walaupun pengalaman dah lama. Alat salun yang digunakan seperti gunting, sikat dan mesin menggunting pula adalah kegunaan persendirian dan tak boleh dipinjam-pinjam. Dengarnye tu anak murid.. makanya kalau gunting ke mesin ke hilang..belilah baru gamaknya hokey.. no subsidi!! Katanya lagi..produk yang digunakan perlu sesuai dengan harga mengikut kawasan. Kalau kawasan Kulai ni orangnya takdela loaded sangat, maka produk janganlah mahal sangat.. Dah masuk kawasan menggunting lagi banyak peralatan yang ditunjukkan yang memenuhi kehendak pasaran semasa. Contohnya mesin mengeriting rambut yang menggunakan haba dan mesin rawatan rambut yang menggunakan mist menggantikan pengewap rambut. 
Tengok troli tu katanya harga RM1200..berpeluh jugak dengarnya.

Seterusnya Mr Wong bawa kami ke ruang mencuci rambut pula. Sukanya cikgu dengan salun dia ni sebab sangat simple dan moden. Barang pun tak crowded dan bersepah. Tempat privasi juga disediakan sekiranya pelanggan tak mahu ruang yang terbuka sangat. Stok-stok dia pun Mr Wong kata setiap 3 bulan akan restock baru sebab memang tak akan simpan lama-lama. Kalau ada produk baru pun, Mr Wong akan cuba dulu pada diri dia sendiri dan rakan-rakannya bagi memastikan produk itu seusia dan selamat digunakan. Mr Wong juga akan sentiasa upgrade diri dan pergi ke kursus-kursusu yang berkaitan untuk memantapkan kemahirannya.Memang macam tu la orang berniaga kan.Banyak input dapat sepanjang pdpc hari ini. Cikgu tengok anak murid cikgu pun dah terfokus kepada business macam ni. 
Ruang mencuci rambut yang simple dan selesa.

Warna apa ye nak kalerkan rambut nak tutup uban ni?

Almari pameran yang menempatkan produk untuk dijual.
Almari meletakkan stok produk yang akan sentiasa dibersihkan.

Setelah banyak info yang dapat daripada penerangan Mr Wong, maka tibalah masa untuk kuiz pula. Murid diberi satu buku skrap yang mengandungi latihan dan perlu diisi dengan maklumat yang dapat pada hari ini. Makanya bersepahlah anak-anak murd cikgu di sekitar salun untuk mendapatkan info. 
Antara soalan yang diberi ialah lakarkan papan tanda salun yang anda pergi hari ini. Ha.. semua nampak kan papan tanda tu. Simple kan. Tapi cenggini ha anak murid cikgu buat 
Sama tak? Sama tak? haha

Tapi ada jugak yang buat cenggini
Ha!! nampak real la sikit kan 🙉🙉

Ok dah settle latihan dan kuiz.. maka sesi tandatangan MOU pun diadakan antara sekolah dan pihak salun untuk mengadakan kerjasama yang berpanjangan.dan 

Pengakhirannya apa lagi..bergambar la beramai-ramai



ok ada lagi sambungannya..tapi cikgu sambung kemudian ye.cikgu nak pergi masak dulu.

3/3 mencapai objektif dengan dapat menjawab semua soalan yang diberi tanpa bantuan guru

p/s : sambil cikgu tulis dalam blog ni cikgu tengah dengar ikim.fm slot hidayah milikku. Alhamdulillah anak murid cikgu ni berminat tentang Islam daripada waktu sekolah lagi dan cabarannya dia tak mahu melukakan hati mak ayahnya untuk memberitahu mereka tentang keislamannya. Alhamdulillah.. Allah memudahkan perjalanannya.

Isnin, 26 Mac 2018

Musim ujian

Assalamualaikum dan salam demam peperiksaan


Pagi ni cikgu terlibat menjaga ujian untuk kelas cikgu.Sebab murid hanya tinggal tiga sahaja.. maka cikgu pun susun meja ikut kekreatifan cikgu sendiri hehe. Semua murid kena duduk menghadap cikgu dalam kelas.Walaupun sebenanarnya cikgu tak duduk pun di meja depan tu.. jaga periksa kena la jaga betul-betul kan.no handphone no messaging no telegraming and whatsoever. Maka macam ni la kedudukan anak-anak murid cikgu masa ujian hari ni


Tengok tu.. khusyuk tak anak-anak murid cikgu menjawab kertas ujian Bahasa Melayu. Ye..anak murid cikgu memang tiga orang saja sebab yang lain kan atlit olahraga. Semua terlibat dengan latihan sukan untuk wakil daerah kelak. Aman kan dengan tiga orang saja. Tapi bukannya boleh duduk pun.. kejap angkat tangan tanya maksud perkataan. Kejap angkat tangan tanya macam mana nak jawab. Kejap angkat tangan tanya jawapan.. peh yg ni memang cikgu tak layan la. 

Seronok mengajar anak-anak syurga. Dalam kesabaran ada ganjaran 😎😎

Produksi ‘Hairstylist To Be’

Assalamualaikum dan salam inovasi


Cikgu memang suka menulis dan mengarang. Walaupun ayat cikgu kadang-kadang dah tunggang terbalik. Tapi apakan daya.. dah 14 tahun bergelumang dengan murid pendengaran menyebabkan ayat cikgu pun dah jadi tunggang terbalik macam ayat diorang. Maka tahun lepas cikgu mencabar diri cikgu untuk membentangkan kertas kerja di Persidangan Pendidikan Khas dan Pemulihan 2017 (PERKEP’17) di Institut Pendidikan Darul Aman di Kedah nun. Maka bermulalah sesi rembesan adrenalin yang dikatakan tak ada penyakit cari penyakit. Bermula dengan penghantaran abstrak dan kemudiannya dipilih sebagai pembentang. Semuanya cikgu bincangkan bersama 'partner in crime' cikgu dan semua anak murid kurang upaya pendengaran cikgu untuk sama-sama mendapatkan idea bernas untuk menaikkan semangat cikgu juga.
Untuk menghasilkan penulisan yang menarik dan berilmiah.. puas jugalah cikgu google cara yang terbaik. Jadi..di bawah inilah hasilnya.. 

Produksi ‘Hairstylist To Be’
 Rohaya Binti Mohd Hatta
SMPK Vokasional Indahpura
rmhatta@yes.my

ABSTRAK
Pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama, iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan atau kurikulum. Penyampaian guru secara aktif, komunikatif dan kolaboratif sememangnya menjadi impian setiap pelajar ini kerana rangkuman tiga komponen inilah yang merupakan faktor penentu peningkatan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar dan peratusan kehadiran pelajar di sekolah setiap hari. Sehubungan dengan itu, satu projek yang berteraskan ketiga-tiga elemen yang disebutkan di atas diwujudkan kerana ada murid yang terlebih celik komputer hingga dapat pula mereka membantu guru dalam dunia pengkomputeran. Maka terciptalah satu projek produksi yang mengetengahkan murid berkeperluan khas sebagai pengarah, pelakon, penulis skrip, jurugambar dan pengarah set, merakamkan segala isi kandungan pembelajaran amali yang diajar oleh guru dalam bentuk video. Bermula daripada perancangan sehinggalah ke penerbitan, murid berkeperluan khas kategori bermasalah pendengaran menggunakan teknologi yang ada berinisiatif sendiri mewujudkan satu ‘channel’ di dalam ‘youtube’ bagi merakamkan semua isi kandungan pembelajaran yang telah dipelajari.

Tiba-tiba kan rasa nak sambung master pulak..😁😁😁 silakan berangan wahai cikgu.

Ahad, 25 Mac 2018

Kitar Semula menjamin bahagia..

Salam kecantikan u olls..

Hari ni dah naik sekolah selepas cuti selama 10 hari. yang bestnya.. naik cuti ni je anak murid cikgu yang seramai 7 orang tu dah tinggal 3 orang je. mana lagi 4 orang? huhu semua wakil sukan untuk kejohanan MSSD la. maklumlah anak murid cikgu semuanya atlit-atlit belaka. makanya sebab tinggal 3 orang saja, cikgu nak buat aktiviti untuk mengurangkan rasa boring diorang. aktiviti mengasingkan sampah mengikut jenis-jenisnya. Ha.. cikgu dah sediakan sekotak sampah yang cikgu kumpul daripada minggu lepas. maka.. dudukla 2 orang murid cikgu di depan sudut 3R yang cikgu dah buat projek nya minggu sebelum cuti kelmarin.


Antara kebaikan pengasingan sampah ni adalah :

1. senang untuk dijual.sebab kalau buku dia kira harga lain tau.jadi kalau ada buku maka koyakkanlah dia menjadi sehelai-sehelai seperti kertas supaya senang untuk dijual.
2. macam jawapan budak sekolah yang lain... untuk menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar.'
3. sampah boleh dikitar semula boleh digunakan untuk membuat kraftangan atau apa- barang yang boleh digunakan semula.Di bawah ni cikgu sertakan kraftangan yang dibuat daripada bahan kitar semula yang cikgu jumpa sendiri depan mata masa jalan-jalan cuti sekolah kelmarin. 







cikgu terfikir la nak buat satu lagi tong untuk letak sisa rambut yang telah digunting pulak. agak-agak warna apa yang sesuai? 😉😉

Intro

Assalamualaikum dan salam perkenalan kepada semua blogger
Seiring dengan pendekatan pembelajaran abad ke 21.
cikgu nak cuba menggunakan blog sebagai bahan bantu mengajar.
yang boleh digunakan oleh ikgu sendiri, rakan sejawat dan anak-anak murid.
Oleh sebab cikgu ni baru nak cuba-cuba, cikgu nak hadiahkan serangkap pantun untuk tatapan semua

"Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan"

Kita cuba-cuba dulu ye

Salamz pdpc pak21 😚😚