Setiap hari PdPc dijalankan dalam bilik darjah. Ada masanya, kita sudah sebu dengan ruang yang sama walaupun aktiviti berbeza. Ternyata daripada masalah itu, cikgu bersama clique cikgu merancang selama sebulan untuk mengadakan kelas di luar bilik darjah. Tempat yang akan dijadikan tempat belajar pula mestilah selesa dan kondusif serta menyeronokkan. Oleh itu setelah dibuat tinjauan, Aeon Kulai menjadi tempat kami mengadakan Pdpc luar bilik darjah kerana ia tidak terlalu jauh dari sekolah serta ianya ternyata amatlah kondusif. Cikgu memilih 'W Saloon' sebagai tempat untuk kami menjalankan aktiviti pdpc hari ini. Sesuai dengan objektif pdpc kali ini yang menekankan CoCu 05 : Hair Salon Maintenance sebagai tajuk utamanya.
Antara objektif program ini ialah :
- Untuk mengadakan kolaborasi dengan pihak W Saloon dalam memberikan pengetahuan asas dalam bidang dandanan rambut.
- Untuk memberikan panduan kepada murid Tahun 1 Kursus Dandanan Rambut berkenaan tajuk Cocu 5 yang merangkumi :
- cara menyelenggara salun.
- cara mengendalikan peralatan rambut.
- langkah-langkah menjaga keselamatan dan kebersihan salun.
- cara-cara mengamalkan housekeeping salun rambut.
- Untuk memberi penghargaan dan galakan kepada murid untuk mengenali industri sebenar.
Seawal jam 10 pagi lagi kami semua dan bersedia untuk memulakan program hari ini. Anak murid cikgu lagi lah..jam 9.30 lagi semua dah tak boleh nak fokus dalam kelas, tak sabar nak berjalan katanya. Sebelum pergi sempat lagi la berposing depan bas ni ha
Jam 10.30 kami bertolak... tup2 10.40 pagi dah sampai ke Aeon Kulai. Ha.. kan dah kata sekangkang kera aja kan. Sampai je kami terus menuju ke 'W Saloon' dan disambut oleh Mr Wong, Manager salun tersebut. Sempoi je orangnya. Takde protokol ke apa ke. Terus fokus pada objektifnya... untuk memperkenalkan salun dan penyusunan stok dalam salun. Produk disusun dengan teratur dan menarik minat pelanggan untuk datang. Mr Wong memaklumkan produk di salun menggunakan Argan Nut sebagai sumbernya kerana kebanyakan pelanggan memang suka bahan semulajadi. Produk di salunnya kebanyakan dibeli melalui supplier daripada Singapura dan China yang dijamin selamat digunakan.
Jam 10.30 kami bertolak... tup2 10.40 pagi dah sampai ke Aeon Kulai. Ha.. kan dah kata sekangkang kera aja kan. Sampai je kami terus menuju ke 'W Saloon' dan disambut oleh Mr Wong, Manager salun tersebut. Sempoi je orangnya. Takde protokol ke apa ke. Terus fokus pada objektifnya... untuk memperkenalkan salun dan penyusunan stok dalam salun. Produk disusun dengan teratur dan menarik minat pelanggan untuk datang. Mr Wong memaklumkan produk di salun menggunakan Argan Nut sebagai sumbernya kerana kebanyakan pelanggan memang suka bahan semulajadi. Produk di salunnya kebanyakan dibeli melalui supplier daripada Singapura dan China yang dijamin selamat digunakan.
Bersungguh-sungguh budak-budak ni mendengar. yang tak dengar pulak, bersungguh-sungguh cikgu menginterpret dalam bahasa isyarat..fuh!
Mr Wong punya penerangan memang tersusun dan berinformasi. Yelah.. dah 10 tahun berkecimpung dalam bidang ni. Katanya latihan berulang-ulang kali memang selalu kena buat walaupun pengalaman dah lama. Alat salun yang digunakan seperti gunting, sikat dan mesin menggunting pula adalah kegunaan persendirian dan tak boleh dipinjam-pinjam. Dengarnye tu anak murid.. makanya kalau gunting ke mesin ke hilang..belilah baru gamaknya hokey.. no subsidi!! Katanya lagi..produk yang digunakan perlu sesuai dengan harga mengikut kawasan. Kalau kawasan Kulai ni orangnya takdela loaded sangat, maka produk janganlah mahal sangat.. Dah masuk kawasan menggunting lagi banyak peralatan yang ditunjukkan yang memenuhi kehendak pasaran semasa. Contohnya mesin mengeriting rambut yang menggunakan haba dan mesin rawatan rambut yang menggunakan mist menggantikan pengewap rambut.
Tengok troli tu katanya harga RM1200..berpeluh jugak dengarnya.
Seterusnya Mr Wong bawa kami ke ruang mencuci rambut pula. Sukanya cikgu dengan salun dia ni sebab sangat simple dan moden. Barang pun tak crowded dan bersepah. Tempat privasi juga disediakan sekiranya pelanggan tak mahu ruang yang terbuka sangat. Stok-stok dia pun Mr Wong kata setiap 3 bulan akan restock baru sebab memang tak akan simpan lama-lama. Kalau ada produk baru pun, Mr Wong akan cuba dulu pada diri dia sendiri dan rakan-rakannya bagi memastikan produk itu seusia dan selamat digunakan. Mr Wong juga akan sentiasa upgrade diri dan pergi ke kursus-kursusu yang berkaitan untuk memantapkan kemahirannya.Memang macam tu la orang berniaga kan.Banyak input dapat sepanjang pdpc hari ini. Cikgu tengok anak murid cikgu pun dah terfokus kepada business macam ni.
Ruang mencuci rambut yang simple dan selesa.
Warna apa ye nak kalerkan rambut nak tutup uban ni?
Almari pameran yang menempatkan produk untuk dijual.
Almari meletakkan stok produk yang akan sentiasa dibersihkan.
Setelah banyak info yang dapat daripada penerangan Mr Wong, maka tibalah masa untuk kuiz pula. Murid diberi satu buku skrap yang mengandungi latihan dan perlu diisi dengan maklumat yang dapat pada hari ini. Makanya bersepahlah anak-anak murd cikgu di sekitar salun untuk mendapatkan info.
Antara soalan yang diberi ialah lakarkan papan tanda salun yang anda pergi hari ini. Ha.. semua nampak kan papan tanda tu. Simple kan. Tapi cenggini ha anak murid cikgu buat
Sama tak? Sama tak? haha
Tapi ada jugak yang buat cenggini
Ha!! nampak real la sikit kan 🙉🙉
Ok dah settle latihan dan kuiz.. maka sesi tandatangan MOU pun diadakan antara sekolah dan pihak salun untuk mengadakan kerjasama yang berpanjangan.dan
Pengakhirannya apa lagi..bergambar la beramai-ramai
ok ada lagi sambungannya..tapi cikgu sambung kemudian ye.cikgu nak pergi masak dulu.
3/3 mencapai objektif dengan dapat menjawab semua soalan yang diberi tanpa bantuan guru
p/s : sambil cikgu tulis dalam blog ni cikgu tengah dengar ikim.fm slot hidayah milikku. Alhamdulillah anak murid cikgu ni berminat tentang Islam daripada waktu sekolah lagi dan cabarannya dia tak mahu melukakan hati mak ayahnya untuk memberitahu mereka tentang keislamannya. Alhamdulillah.. Allah memudahkan perjalanannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan