Isnin, 26 Mac 2018

Produksi ‘Hairstylist To Be’

Assalamualaikum dan salam inovasi


Cikgu memang suka menulis dan mengarang. Walaupun ayat cikgu kadang-kadang dah tunggang terbalik. Tapi apakan daya.. dah 14 tahun bergelumang dengan murid pendengaran menyebabkan ayat cikgu pun dah jadi tunggang terbalik macam ayat diorang. Maka tahun lepas cikgu mencabar diri cikgu untuk membentangkan kertas kerja di Persidangan Pendidikan Khas dan Pemulihan 2017 (PERKEP’17) di Institut Pendidikan Darul Aman di Kedah nun. Maka bermulalah sesi rembesan adrenalin yang dikatakan tak ada penyakit cari penyakit. Bermula dengan penghantaran abstrak dan kemudiannya dipilih sebagai pembentang. Semuanya cikgu bincangkan bersama 'partner in crime' cikgu dan semua anak murid kurang upaya pendengaran cikgu untuk sama-sama mendapatkan idea bernas untuk menaikkan semangat cikgu juga.
Untuk menghasilkan penulisan yang menarik dan berilmiah.. puas jugalah cikgu google cara yang terbaik. Jadi..di bawah inilah hasilnya.. 

Produksi ‘Hairstylist To Be’
 Rohaya Binti Mohd Hatta
SMPK Vokasional Indahpura
rmhatta@yes.my

ABSTRAK
Pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama, iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan atau kurikulum. Penyampaian guru secara aktif, komunikatif dan kolaboratif sememangnya menjadi impian setiap pelajar ini kerana rangkuman tiga komponen inilah yang merupakan faktor penentu peningkatan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar dan peratusan kehadiran pelajar di sekolah setiap hari. Sehubungan dengan itu, satu projek yang berteraskan ketiga-tiga elemen yang disebutkan di atas diwujudkan kerana ada murid yang terlebih celik komputer hingga dapat pula mereka membantu guru dalam dunia pengkomputeran. Maka terciptalah satu projek produksi yang mengetengahkan murid berkeperluan khas sebagai pengarah, pelakon, penulis skrip, jurugambar dan pengarah set, merakamkan segala isi kandungan pembelajaran amali yang diajar oleh guru dalam bentuk video. Bermula daripada perancangan sehinggalah ke penerbitan, murid berkeperluan khas kategori bermasalah pendengaran menggunakan teknologi yang ada berinisiatif sendiri mewujudkan satu ‘channel’ di dalam ‘youtube’ bagi merakamkan semua isi kandungan pembelajaran yang telah dipelajari.

Tiba-tiba kan rasa nak sambung master pulak..😁😁😁 silakan berangan wahai cikgu.

Tiada ulasan: