Sabtu, 7 April 2018

Bengkel Strategi Pembinaan Curriculum Vitae Guru Cemerlang

Hari ini cikgu berkesempatan menjadi peserta satu bengkel perkongsian ilmu otai-otai gc tentang tips and trick memohon GC.GC adalah istilah yang bermaksud Guru Cemerlang. Bengkel ini telah diwar-warkan dalam telegram MGC Johor dan setelah bancian dibuat kebanyakan peserta terdiri daripada gc daerah Pasir Gudang, maka daerah itu telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bengkel ini. 


Cikgu berminat untuk mengikuti bengkel ini kerana fasilitator nya terdiri daripada En Bakhtiar yang merupakan GC gred DG54 dan Pn Zanariah merupakan GC gred Khas Jusa C. Program dimulakan jam 10 pagi dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh YDP MGCPG.
 

Bermulanya sesi perkongsian ilmu bersama En Bakhtiar, beliau menunjukkan slaid yang memberi semangat dan juga mencabar hadirin yang hadir. 
Pada sesi pengenalan CV beliau menyatakan CV adalah dokumen yang sangat diperlukan oleh guru dalam perjawatan, samada untuk memohon GC atau time based atau persaraan. Jadi suka ataupun tidak semua guru perlu tahu bagaimana untuk menulis CV yang lengkap dan mudah dirujuk. Permohonan GC bermula pada tahun lepas dihantar secara online jadi permohonan lebih mudah. Masa untuk menyediakan dokumen evidens juga lebih panjang iaitu lebih kurang 3 hingga 4 bulan. 
Menurut beliau lagi antara kelebihan menjadi GC ialah
  • Fast track naik pangkat dan dikatakan walaupun tarikh naik pangkat gc lebih kurang sama dengan time based tetapi masih ada sedikit keuntungan berbanding rakan sekerja yang seposting bersama.
  • Mempunyai minat dalam subjek yang diajar dan ingin meletakkan sepenuh jiwa dan raga dalam subjek yang diajar.
  • Menjadi GC juga dikatakan lebih banyak menyumbang kepada luar dan banyak peringkat berbanding menjadi pentadbir hanya menyumbang kepada sekolah sahaja.

"Believing in yourself is the first secret to success"

Ada orang pernah mengatakan bagaimana nak mohon GC sedangkan tidak perform pun di sekolah. Tetapi pada beliau, memohon GC bukanlah atas sebab sudah cemerlang tetapi dah jadi GC percayalah.. cikgu akan berubah ke arah kecemerlangan.
Beliau menyatakan persediaan dokumentasi menjadi GC memakan masa bertahun bukannya sekejap sahaja. Beliau membuat review kepada iklan tawaran tahun lepas dan mengatakan tahun lepas adalah tawaran paling lumayan kerana semua gred dibuka untuk pencalonan berbanding sebelum ini. Kerana itu beliau mengambil peluang ketika itu untuk memohon.
Beliau memaklumkan perkara penting yang perlu diambil tahu ialah surat isytihar harta.Pastikan tarikh isytihar harta masih boleh diguna pakai iaitu dalam tempoh masa 3 tahun.Sekiranya tidak relevan lagi, surat isytihar harta perlu diperbaharui. Permohonan GC juga mengambil kira dokumen tahun semasa dan tiga tahun kebelakang. Sekiranya permohonan pada tahun 2018, dokumen yang perlu disediakan ialah untuk tahun 2018,2017,2016 dan 2015. Antara sumbangan peringkat sekolah yang boleh digunapakai ialah 
  • panel rujuk mata pelajaran
  • ketua unit dokumentasi
  • penggubal soalan peperiksaan pertengahan tahun
  • penceramah kecemerlangan PIBG 


Cara penulisan pula boleh bermula dari tahun semasa kebelakang ataupun tahun kebelakang ke tahun semasa. Itu bergantung pada diri masing-masing. Bagi kolum program/latihan, GC perlu menyenaraikan mengikut peringkat daripada sekolah ke antarabangsa. Bagi kolum kajian, kertas kerja dan penulisan profesional, beliau berpendapat dengan kekangan kewangan daripada pihak tertentu menjadikan kurangnya seminar dan kursus dianjurkan.Jadi beliau membuat inisiatif sendiri dengan menyertai kursus dan seminar anjuran luar dengan kos sendiri untuk membentang kertas kerja atau berkongsi amalan terbaik beliau. Beliau menekankan untuk menjadi orang yang hebat, hati dan jiwa mestilah besar dan hebat. Yakin pada diri sendiri untuk membentang penulisan sendiri. Sekiranya tiada penulisan boleh diketengahkan,beliau mencadangkan guru membuat penulisan buletin di peringkat sekolah. Buletin boleh diedar kepada guru atau murid dan evidens tersebut perlu disimpan. Beliau juga mencadangkan GC untuk buat 'talk' di kalangan guru di sekolah sendiri bagi mendapatkan markah dalam penulisan. Kajian tindakan penting dan perlu dibuat setiap tahun. Nazir tidak menilai kualiti tetapi kuantiti penulisan. Katanya lagi sebuah kajian tindakan boleh dijadikan serampang 3 mata iaitu boleh dijadikan sebagai
  • Kajian
  • Penulisan
  • Inovasi

Nilai tambah bagi setiap penulisan pula boleh dilakukan dalam bentuk artikel dan diedar kepada semua guru.Selain itu nilai tambah bagi sebuah inovasi ialah inovasi itu dipertandingkan.Pertandingan inovasi adalah pertandingan yang paling untung kerana semua yang masuk bertanding akan dapat hadiah.Jika tiada pertandingan yang disertai, pertandingan boleh dibuat di peringkat sekolah dan dikeluarkan sijil.Satu lagi katanya inovasi itu akan nampak lagi mahal jika didaftarkan di bawah hak cipta harta intelek. Cara mendaftarkan hak cipta cikgu akan kongsi dalam post cikgu yang lain. 
Pada akhir perkongsian beliau menekankan kepentingan menyimpan segala buku program sekolah dan sijil-sijil yang diterima. Beliau akan menyimpan semua sijil-sijil beliau di dalam komputer kerana ianya menjadi sumber simpanan yang mudah.Sekiranya diperlukan, beliau akan mengeluarkan sahaja dalam simpanan komputer tanpa perlu membuka fail lagi. Apa yang penting katanya lagi adalah penulisan.


Sesi perkongsian yang kedua oleh Pn Zanariah dimulakan dengan menyatakan hasrat beliau untuk melihat lebih ramai GC gred yang tinggi-tinggi datangnya daripada Johor. Menurut beliau kepupusan GV adalah kerana ramai yang telah berpindah ke PPD menjadi SISc+ dan time based. Menurutnya sekarang semua cikgu berlumba-lumba menunjukkan kehebatan masing-masing dalam inovasi dan amaln PAK21 tetapi kurangnya GC dari kalangan negeri Johor.Beliau berharap semua GC dapat menunjukkan di mana perjuangan kita dan kehebatan negeri Johor.


Menurut beliau, rahsia kejayaan beliau ialah tidak pernah menolak kerja.Semua kerja yamg diberi kepada beliau akan dibuat senaik mungkin. Ini dibuktikan pada tahun pertama beliau posting beliau telah diberi tugas menanda dan tahun ke 3 posting beliau telah memegang jawatan ketua panitia.Key point di sini ialah JANGAN TOLAK KERJA.Setiap tugas yang diberi menyebabkan kita akan jadi kaya dengan pengalaman.Pengalaman pertama beliau sebagai juruacara menjadi titik tolak beliau mula dikenali di kalangan pegawai-pegawai atasan. Tambah beliau lagi, sekiranya menyertai mana-mana program cuba untuk memperkenalkan diri untuk lebih dikenali. 
Menurut beliau GC ialah satu jawatan yang mencabar dan menyebabkan kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita dinilai atas kecemerlangan kita. Kita tak perlu untuk bersaing dengan orang lain untuk mencapai GC.Strateginya ialah semua GC perlu upgrade diri ke satu tahap lebih tinggi. GC juga diharapkan dapat membuat jaringan dengan lebih luas supaya lebih dikenali. Beliau menunjukkan dokumen beliau kepada peserta.Antara yang menarik perhatian cikgu ialah cara beliau menunjukkan program yang beliau hadiri hanya dengan sekeping kertas yamg dilaminate dan diletakkan sedikit tajuk, laporan dan bukti bergambar. Itu antara dokumen yang ditunjukkan kepada nazir.Pembentangan kajian tindakan dan amalan terbaik juga boleh dilakukan di peringkat sekolah. Satu lagi yang menarik perhatian cikgu ialah penilaian pelajar buat diri beliau juga ditunjukkan kepada nazir. Beliau akan menyuruh murid menulis pandangan anda tentang cikgu dan setiap komen-komen positid didokumentasikan.
Pada akhir perkongsiannya beliau meyakinkan GC bahawa prestasi kelas mempengaruhi permohonan kita tetapi prestasi sekolah tidak diambil kira.  
Bengkel tamat pada jam 1.30 pagi dengan sesi bergambar beramai-ramai. Tetapi tak ramai pun dapat bergambar kerana kebanyakannya telah balik ketika sesi ini diadakan.

Memo : Banyak ilmu dan tips yang cikgu dapat sepanjang bengkel ini.Sebab aim cikgu dah ke arah GC maka memang perlu cikgu mempersiapkan diri ke arah itu. WISH ME LUCK GUYS!!

Nota kaki : Sempat jugak cikgu memperkenalkan diri dengan En Bakhtiar dan berselfie dengan Pn Zanariah. Pinjam power la..

Tiada ulasan: