Hari ini semua di sekolah berbaju biru. Sempena menyahut seruan sambutan kesedaran autisme peringkat kebangsaan.
Sejarah sambutan kesedaran autisme ini bermula hampir seperempat abad yang lalu, Persatuan Autisme melancarkan usaha di seluruh negara untuk menggalakkan kesedaran autisme, inklusi dan penentuan nasib sendiri untuk semua, dan memberi jaminan bahawa setiap orang dengan ASD diberi peluang untuk mencapai kualiti hidup yang tertinggi. Pada tahun ini, kita ingin melangkaui sekadar mempromosikan kesedaran autisme untuk menggalakkan rakan dan kolaborator untuk menjadi rakan kongsi dalam gerakan ke arah penerimaan dan penghargaan.
Untuk menampakkan sokongan kepada program itu, sekolah cikgu mengadakan pelancaran sambutan kesedaran autisme. Pelancaran dimulakan denga tayangan montaj tentang autisme, ciri-cirinya dan cara melayaninya di sekolah. Kemudian datanglah 4 orang maskot di hadapan pentadbir sebagai simbolik yang autisme ini perlu dibantu bukannya dimaki atau dihina. Pentadbir dikehendaki memimpin dan membantu autisme ini berjalan menaiki pentas dan sesampainya di atas pentas, pengetua diminta memotong riben bunting pelancaran.
Acara yang terakhir adalah bergambar beramai-ramai. Jadi sebagai anggota masyarakat yang prihatin, perlulah kita membantu golongan autisme dan inklusifkan mereka dalam masyarakat untuk menjamin kesejahteraan yang harmoni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan