Khamis, 5 April 2018

Program Motivasi Kerjaya di Angsana JB

Kali ni cikgu nak share satu program best lagi meletup di sekolah cikgu. Program kali ni lebih kurang sama je dengan pdpc di luar bilik darjah. Kali ni untuk cover tajuk CoCu2 Hair Shampooing dan CoCU5 Hair Salun Maintenance.Program kali ini memfokuskan kepada mengkaji perkhidmatan pelanggan di 4 buah salun di dalam Plaza Angsana JB. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan yang akan menjadi pelanggan kepada 4 salun rambut. Setiap kumpulan salun pula dibahagikan kepada 2 kumpulan lagi yang akan mengkaji salun dari aspek Penyelengaraan Alatan dan Langkah kerja pensyampuan rambut. 2 guru ditugaskan dalam satu salun untuk menjadi fasilitator kepada murid. 
Cikgu terpilih untuk masuk ke Hair Scalp Salun, sebuah salun yang pada cikgu amat mementingkan kualiti produknya. Harga perkhidmatan di salun tu pun boleh tahan juga. Sebelum ni cikgu survey aje tapi kali ini cikgu berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan di situ. Cikgu bersama ahli kumpulan cikgu yang terdiri daripada 4 orang ingin mendapatkan perkhidmatan mensyampu. Masa mula-mula kami sampai pekerjanya terkejut dengan kehadiran kami. Katanya pengurus mereka lambat memberitahu tentang appointment kami jadi mereka telah mendahulukan appointment orang lain dulu. Appointment lain pula katanya dari kalangan VVIP dan katanya pekerja hanya tinggal 2 orang sahaja. Tapi sebab kami dah datang jadi kami tunggu je la giliran kami.

   

Sebelum melakukan perkhidmatan sementara menunggu giliran, sempatlah anak murid cikgu membuat sesi temuduga kepada pekerja berdasarkan soalan dalam buku aktiviti.Kami dijamu dengan pilihan air white coffee atau tek tarik semasa menunggu. Untuk tang bagi minuman tu cikgu bagi 5 bintang sebab cikgu memang suka makan hehe..
Akhirnya setelah lebih kurang 30 minit menunggu, tibalah giliran kami. Untuk pusingan pertama 2 orang murid menjadi pelanggan mensyampu rambut. Persediaan pelanggan dimulakan dengan meletakkan plastik di belakang tengkuk dan tuala di atasnya. Hairstylist kemudian menganalisa jenis rambut dan kulit kepala sebelum memulakan pensyampuan. Hairstylist juga menerangkan jenis rambut kepada pelanggan. Untuk rambut anak murid cikgu, katanya rambut tu dah rosak kerana selalu digunting dengan gunting penipis. Katanya gunting penipis tidak bagus untuk rambut kerana boleh menjadikan hujung rambut bercabang dan berekor. Jenis rambut diterangkan dengan jelas. Yelah..dah macam-macam pelanggan dan ragam yang ditemui jadi mereka dah biasa untuk berkomunikasi. Aktitviti pensyampuan dijalankan di wash basin. Hairstylist juga melakukan sedikit manipulasi kulit kepala untuk merangsang peredaran darah dan meratakan syampu. Setelah rambut disyampu, perapi diletakkan pada rambut dan rambut dibilas. Setelah itu pelanggan dibawa ke ruang cermin untuk pengeringan rambut. Dapatlah juga anak murid cikgu merasai pengalaman menjadi pelanggan di salun yang ternama. Yelah..selama ni dok buat praktikal kt rambut orang ataupun menjadi model pada kawan sekelas aje, adala peluang mereka untuk merasa sendiri. Kelebihan salun ini ialah mereka menggunakan produk keluaran mereka sendiri jadi tiada siapa boleh menafikan dari mana sumbernya. Antara produk yang digunakan ialah serum rambut semasa  blow dry rambutdan perfume rambut yang diratakan selepas rambut dikeringkan. Untuk service hari ini iaiatu mensyampu rambut sahaja caj yang dikenakan ialah RM35.00 antarayang paling mahal antara keempat-empat salun tapi ia paling berbaloi. Banyak juga ilmu yang dikongsikan bersama murid tentang pengurusan salun dan ilmu penjagaan rambut. 


Dia sudah ada senyum sebab sudah jadi Kajol

Sebelum tamat semua salun diberi sijil penghargaan kerana membantu memberi maklumat tentang menjadi pendandan rambut. Rata-rata anak murid cikgu memberikan komen positif tentang program ini dan berharap program seumpama ini dapat dijalankan lagi.

Salun Hair Scalp
Salun Intermede
Salun In Red
Salun RS

Memo : Cikgu kena ulang pergi balik ke Hair Scalp Salun.Lepas tengok murid syampu rambut cikgu pulak rasa kepala cikgu dah gatal-gatal

Tiada ulasan: