Ahad, 1 April 2018

Seminar Antarabangsa Pendidikan Nusantara Johor -Provensi Riau

Kali ini cikgu nak cerita pengalaman cikgu mengikuti seminar bertaraf antarabangsa di Kukup Golf Resort Pontian. Iklan pembentangan ni keluar 2 minggu sebelum program.Sasaran seminar ini ialah guru-guru cemerlang seluruh negeri Johor. 

Cikgu pun ambil peluang hantar kertas kerja membentang dan memperkenalkan satu projek di sekolah cikgu. Lepas daftar cikgu pun hantar abstrak dengan harapan untuk terpilih. maklumlah kadang-kadang ahli akademik ni bukannya minat sangat nak dengar cerita budak lemah kan. Lepas seminggu hantar abstrak cikgu terpilih untuk buat pembentangan. Ok di sinilah bermula rembesan adrenalin yang banyak. Tapi macam biasalah cikgu memang suka buat kerja last minute haha. Yelah..semua benda tu ada dalam kepala kan..cuma tinggal korek kasi keluar je. So tajuk yang cikgu pilih apa lagi pasal projek spa bergerak cikgu la kan. Tapi kali ni cikgu nak kaji dari segi keberkesanannya pulak. 
Apabila tiba hari kejadiannya..seminar tu bermula jam 8 pagi. Maka selepas subuh je cikgu terus memulakan perjalananannya ke situ. Masa perjalanan lebih kurang 53 minit mengikut google maps. Waktu lepas subuh..kereta tak banyak dan laluan perjalanannya pula mata dijamu dengan pemandangan kampung-kampung dan gerai-gerai durian. Bila dah sampai simpang nak ke Kukup jalan dah mula kurang kereta dan banyak lagi kabus.
 

Lega betul mata dapat menikmati pemandangan macam ni. Kawasan kampung yang masih kekal keindahannya. Dalam 50 minit juga pemanduan cikgu tiba di Kukup Golf Resort.


Kawasan aman dan tenang.Masa cikgu sampai pun belum ramai peserta yang sampai lagi. Cuma yang ada peserta dan pembentang dari University Southamphton. Jadi sempatlah cikgu berselfie. Gambar menunjukkan muka cuak cikgu.
Dengan penuh debaran cikgu pun mendaftarkan diri dan menyerahkan bahan.pada urusetia. Sementara menunggu tu cikgu tengok giliran cikgu orang yang kedua. Legalah juga sebab cepatlah sikit seksaan debaran ni akan tamat. Antara barang yang dapat masa pendaftaran tu goodies bag daripada University of Southampton dan maklumat di dalamnya.

Masa ucaptama, bahan dibentangkan dalam bahasa inggeris. then giliran Guru Cemerlang Matematik Tambahan pula, pun membentang dalam bahasa inggeris. So bila time cikgu, cikgu mulakan dengan perkataan.. "Izinkan saya membentang dalam bahasa melayu". Nampak semua peserta angguk-angguk kepala..kira ok la tu kan.



Fuh masa sebelum bercakap cikgu memang plan nak cakap dalam masa 20 minit. Cikgu cakap pelan-pelan dan pastikan sebutan tak ada yang macam keretapi laju. Sekali cikgu bercakap dalam masa 30 minit!! daaa... sehinggalah pengerusi majlis bagi surat memo baki masa tinggal lagi. Yang 3 slaid terakhir tu cikgu cakap memang macam keretapi laju. Masa sesi soal jawab ada juga la sekolah yang berminat untuk menjemput Projek Spa Bergerak sempena program-program di sekolah mereka. Alhamdulillah..projek ini mendapat respon positif daripada semua guru-guru cemerlang. Seminar ini menghimpunkan seramai 115 orang guru cemerlang seluruh negeri Johor. 19 orang peserta daripada Dinas Pendidikan Riau dan 2 peserta daripada University of Southampton.Banyak kajian dan kertas kerja dikongsi bersama di dalam program ini dan kesemuanya bersifat akademik. Bagi cikgu ini adalah satu pengalaman yang terbaik yang cikgu hadiri kerana berkesempatan mengedar pamhplet projek spa bergerak kepada wakil guru daripada Riau. 

p/s : agaknya dah tua sangat rasa..duduk di kerusi biru daripada pagi sampai petang sampai rasa nak bengkok badan huhu

Tiada ulasan: