Isnin, 2 April 2018

IMT Week 2018

Minggu ini sekolah cikgu mengadakan satu program yamg dinamakan Islamic through Mathematics and Technology atau singkatannya IMT Week. Sepanjang minggu ni semua murid sekolah cikgu akan terlibat dengan aktiviti yang diadakan.Ini sebagai proses pengajaran untuk mereka juga. Sempat jugalah cikgu mengambil gambar aktiviti menarik sekitar program ni hari ini.


Cantik pulak bila tengok semua anak murid memakai baju melayu bersamping pelekat. Pagi ni ialah sesi taklimat tentang aktiviti yang akan diadakan pada hari ini.
Ada beberapa checkpoint murid kena buat aktiviti hari ini. Salah satunya iaalah simulasi haji.Gambar atas tu menunjukkan Model Rukun Haji.Comel kan? 
Murid kena praktikal cara melakukan haji.Ini model memakai ihram
Terharu sungguh cikgu tengok kesungguhan cikgu panitia pendidikan Islam menyediakan prop untuk simulasi haji.
Ini replika kaabah. Untuk simulasi tawaf.
Tempat di dalam Mekah ditunjukkan secara konstruktif. Dengan cara itu murid boleh menggambarkan keadaan sebenar semasa melakukan haji.
Penerangan rukun haji ditunjukkan secara TMK
Banner besar BBM disediakan bagi memberi maklumat yamg helas dan terang.
Tempat melontar jamrah pun dibuat.Jadi anak murid lebih tahu dan demonstrasi pun dibuat bersama semua murid.
Ha..siap ada kad id dan buku panduan. Macam keadaan nak pergi haji la.
Selepas semua aktiviti, kuiz disediakan dan semua murid diwajibkan mencari jawapan kepada soalan pada akhir sesi.

Tiada ulasan: