Entri kali ni ialah pasal pembikinan album solo cikgu
Ceh..berangan je hehe.
Sebenarnya ia mengenai pembuatan video bahasa isyarat di sekolah cikgu. Guru Kod Tangan cikgu yang cikgu gelar Teacher V memang aktif sejak dua menjak ni. Projek dia yang terbaru ialah buat video bahasa isyarat menggunakan perkataan yang dia beri. Jadi semua cikgu-cikgu di sekolah kena buat satu video bahasa isyarat menggunakan perkataan yang diberi. Mula-mula cikgu pun seronoklah tengok orang-orang yang dah siap buat tu. Macam-macamlah cikgu komen. Sekali bila sampai turn cikgu.. rupenye Teacher V suruh buat dalam bahasa inggeris. Ok...panik sekejap cikgu sebab selama ni memang cikgu berkomunikasi dengan murid pekak cikgu pakai bahasa isyarat malaysia (BIM) atau pun kod tangan bahasa melayu (KTBM). Jadi bila cikgu kena buat video dalam bahasa inggeris..dah biru juga kuku-ni. gigihlah cikgu menggoogle american sign language (asl). Then Teacher V kata tak nak pula pakai asl. gigih jugaklah cikgu selongkar balik buku signing exact english yang cikgu belajar zaman ppsmi dulu nun.. nasib baik jumpa kt almari arkib. then bermulalah sesi rakaman.. rupenye cikgu kan memang tak boleh jadi pelakon la.kalau director ada mesti kena cut aje. terketawa la..terbengang la.. sudut nampak gemuk la bla bla bla.
ni hasil pertama
Hasil pertama ni tak jadi pasal Teacher V komen background terang sangat.Then ni pun pakai handphone murah cikgu jadi tak berapa cantik
So cikgu kata lepas ni pakai handphone teacher V la senang
then video kedua pakai handphone canggih teacher V
Masa nak buat proses editing tu rupenye video ni tak boleh nak edit background belakang pulak..so buatlah next shooting lagi kali ke 3
Ni pakai handycam terus. Senang nak edit belakang. Sekali bila dah edit.. nampak macam ada api-api pulak atas kepala tu. Agaknya sebab pakai tudung kaler cerah la pulak.
Sebab kawan cikgu ni video dia jadik la pulak.hadoi.
Maka esok cikgu akan shooting semula ye.
Bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan