Rabu, 4 April 2018

Lambakan informasi keusahawanan di EDC Johor

Hari ini cikgu berkesempatan melawat sambil belajar ke Pusat Pembangunan Usahawan Johor di Uda Business Centre JB. Cikgu pergi bersama 28 orang anak murid yang terdiri daripada murid dandanan rambut dan 10 orang guru pengiring. Objektif pdpc kali ini ialah mencari maklumat peluang kerjaya murid dan mendapatkan pengalaman sebagai pelanggan di salun. Cikgu bertolak daripada sekolah lebih kurang jam 9.15 pagi dan sampai EDC pada jam 10 pagi. Kami disambut kakitangan EDC dengan mesra. Kami dijemput ke bilik taklimat untuk mendengar taklimat daripada En Azizi seorang pegawai di situ. Rupa rupanya  Pembangunan Usahawan (EDC) ini berperanan sebagai pusat sehenti khusus kepada golongan usahawan untuk terus memajukan perniagaan. Banyak info yang kami dapat sepanjang taklimat itu. Antaranya ialah EDC menawarkan pelan pemasaran kepada para usahawan untuk memasarkan produk mereka. Menurut En Azizi terdapat beberapa cabaran usahawan untuk berjaya. Cabaran paling mudah adalah 
Modal adalah masalah yang biasa ditemui.
Kemahiran kerana tak semua ada kemahiran.
Akses prasarana masalah utk mencari lot kedai.
Ict dan teknologi sekarang semua dah pakai online termasuk pembayaran guna kad.
Pemasaran masalah utama antara 5 isu di atas kerana pemasaran tidak banyak agensi yang terlibat.dan cikgu di sekolah kena ambil maklum agensi yg boleh membantu menjual produk.Ini ialah cabaran yang penting sebelum menjadi usahawan.
Sebagai sebuah pusat promosi keusahawanan, EDC pernah menganjurkan beberapa program seperti Anugerah Keusahawanan dan Ekspo Johor Berkemajuan
Menurut En Azizi lagi, peruntukan sebanyak 6 juta diperuntukkan untuk keusahawanan dan beberapa program telah disusun antaranya ialah 
  • Bantuan insentif bantuan pks johor sehingga rm10k maksimum.tarikh sudah ditutup.Syaratnya mestilah syarikat yang berdaftar dgn ssm dan perniagaan telah dijalankan

Unit bantuan swadaya insan masih boleh mohon bantuan sehingga 8 april bagi peruntukan yang sama.
Sekiranya tiada pengalaman atau perniagaan sendiri ada satu program keusahawanan untuk golongan yang baru menceburkan diri.
  • Johor o.e.m

Program lebih kepada kosmetik utk pembiayaan sebahagian kos atau penambahbaikan produk
Indeenomics
Program membentang idea perniagaan dan selfie video tentang diri sendiri.EDC akan beri bantuan one off.Aim 50 usahawan.Setelah melalui tapisan mereka akan pergi ke boot camp utk belajar caya meyakinkan juri.
  • Community incubator program cip

3 tempat desaru,jbcc,kota tinggi (agro bazaar).Perlu buka perniagaan 365 hari dan semua aimnya kedai makan di desaru di kota tinggi pertanian
              Cikgu cikgi cun dandanan rambut
Menaiki tangga ke bilik taklimat
Di dalam bilik taklimat mendengar dengan penuh khusyuk

Selepas selesai taklimat kami dijamu dengan jamuan ringan yang tak berapa nak ringan

Kemudian kami melawat ke tempat promosi produk yang menempatkan produk usahawan tempatan

Pada akhir taklimatnya,En Azizi menyampaikan
4 pesanan MB Johor kepada semua usahawan Johor

Niat utk membawa kesejahteraan kepada masyarakat

Teroka ruang dan cabaran baru dgn berani dan strategik

Teknologi memanfaatkan teknologi sebaik mungkin

Tawaran utk bekerjasama dgn lebih erat di kalangan usahawan
Sesi lawatan diakhiri setelah 1 jam setengah kami bersoal jawab tentang keperluan OKU dalam bidang keusahawan dan peluang-peluangnya.Sesi lawatan kami akhiri dengan acara wajib iaitu sesi bergambar beramai-ramai.


Note: banyak giler info dapat sampai rasa tak menang tangan nak follow up siapa lepas ni 

Tiada ulasan: