Ahad, 1 April 2018

PSS.. sumber inspirasi anda

Hari ini cikgu berkesempatan pergi ke Pusat Sumber Sekolah (PSS) cikgu sebab semalam nya cikgu dapat cenderamata kenangan sebuah buku dari satu seminar. Kebetulan buku tersebut cikgu dah pernah ada..maka cikgu rasa eloklah buku tu dijadikan koleksi di PSS. Buku tu pun boleh dijadikan rujukan oleh sesiapa sahaja. Bila cikgu buka pintu PSS tu.. memang terkejut besar cikgu.. sebab nampak entiti serupa dengan cikgu dalam skrin komputer depan pintu tu. Rupanya memang ada elemen menterkejutkan orang bila masuk PSS ni. Depan pintu tu dipasangnya satu CCTV.Sesiapa yang masuk dalam PSS boleh nampak. Wah..satu pembaharuan ni.


Cikgu memang suka tengok muka cikgu dalam tv tu. Maklumlah tak pernah masuk TV. Mestilah ada anak-anak murid cikgu yang berpendapat macam tu. Mesti diorang teruja nak masuk PSS sebab dapat masuk TV kan. Tengoklah cara pemasangan CCTV tu. Memang ada elemen kezutan di situ.

Boleh pulak dia letak webcam kt celah kotak tu. Cikgu pun apa lagi explore la lebih-lebih apa yang tv tu boleh buat lagi. Nasib takde murid dalam tu. Kalau ada mesti nak join jugak kan.

Tengoklah.. siap boleh buat tanda hazard lagi. bagus betul pendekatan OSH in school ni. So lepas ni cikgu nak cadangkan dia letak kamera gambar berciri Super HD LCD ke..biar besar sikit.Boleh selfie ramai-ramai.

p/s : cikgu pun dapat idea nak letak action camera cikgu depan murid. biar dia pun rasa teruja jugak nampak cikgu ambil video dia.

Tiada ulasan: